iklan

Tuesday, August 11, 2009

Pening nya.....nak Beli Breast Pump?

sekarang nih saya sedang ghairah nak cari Breast Pump... nak beli yang mahal ke ?? atau yang murah... dan ini adalah kali pertama saya nak cari Breast Pump...sebab sebelum nih untuk anak 1 n 2 saya sempat memberi mereka sehingga 8 bulan jer .. yang selebih nya .. senang citer malas.. tapi sejak menjak sebelum cuti bersalin tu seorang kawan telah menunjukkan blog org yg memberi susu badan sepenuh nya so semangat saya berkobar kobar nak kasi susu badan sepenuhnya.....

Sekarang saya kebuntuan mahu beli pam jenis apa..tapi nasib baik saya jumpa tips tips nak beli Breast Pump...


1) Ilmu tentang EBF (Exclusive BF) walaupun bekerja. *Exclusive BF adalah bagi baby susu ibu saja, tanpa air masak, solids, FM, etc. kalo dah solids namanya fully BF.
Pam susu bukan alat untuk memancutkan susu dari payudara sekiranya anda tak berilmu. Ia bukan macam pam air parit, bila kita pam air keluar memancut2 dan mengeringkan parit. Bila taknak pam kita biar je.
Usah ghairah beli pam mahal2 atau pumping gear bagai tapi dalam kepala & dada masih kosong. Dapatkan ilmu dulu sebelum nanti rasa rugi pula beli barang2 tu tapi tak dapat nak exclusive BF pun.
Jadi menuntut lah tentang penyusuan sebelum mengambil keputusan untuk exclusive BF sambil bekerja.

2) Budget.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kalau budget ada seratus dua, jangan target yang riban2.
Betul, makin mahal sesuatu breastpump, makin baguslah. Tapi berpada2 lah dengan budget, study dulu jangan main tibai ikut orang. Breastpump ni wide range, sesuai untuk setiap kelas. Contohnya kalau nak double pump, kalau yang murah sikit, Spectra, mahal sikit Ameda, mahal lagi Medela (sekadar contoh). Kalau bajet sekitar RM400, belila Spectra3, jangan pulak gi beli Medela Freestyle yang RM2000. Kan duit lebih tu boleh buat benda lain, beli lampin, baju, carseat, dan sebagainya. Jimat kan?

3)Nature of work.
Waktu di pejabat berapa jam sehari? Kerja sibuk ke? Ada banyak masa senggang tak? Kena travel tak?
Kalau kerja yang sibuk, mungkin perlukan double pump supaya cepat sikit.
Kalau tempat pam susu tak ada power point atau boss tak bagi pakai power supply ofis, mungkin kena pakai manual pump.
Kalau kerja asyik travel, kena la pakai pam yang ringan dan sesuai untuk travel.
Kalau tak sempat pam di pejabat tapi drive dalam jem, mungkin perlukan pam yang boleh sambung ke power point dalam kereta.
Suka pam yang macamana?
Ada orang dia memang suka yang auto-operated (macam saya). Jadi kut2 manapun dia akan cari yang elektrik punya.
Ada orang dia memang suka manual, jadi kut2 manapun dia nak manual jugak.
Ada jugak orang berpendapat, elektrik sakit nipple dan manual lenguh tangan, tapi tidak bagi 2 golongan di atas.
Jadi agak2lah mana satu yang berkenan di hati dan di jari.
Selain dari itu, walaupun tidak menggunakan pam, ramai jugak yang dah sukses menyusu anak masing2 dengan hanya hand expressing (perah pakai tangan). Antaranya Mama Emma. Rilekkk
je. Takde masalah pon.
maklumat lanjut sila layari lawam web.

1 comment:

dila said...

bagus2...semoga jadi ibu yang terbaik....2 taun yer bukan 8 bulan tau....hehehe

Related Posts with Thumbnails

Anak Ku Sayang

Umur Iman

Lilypie Kids birthday Ticker

Umur Fudin

Lilypie Fifth Birthday tickers

Umur hadif

Lilypie Second Birthday tickers